Saturday, April 7, 2012

Sains dan Teknologi

                                     Kereta halimunan pertama dunia



Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen. Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.


No comments:

Post a Comment